Tuesday, 13 March 2018

Bila Otak Di celah Kangkang (c&p)

"Bila otak dicelah kangkang.."

Kalau ikutkan, agak malas nak respond psl rumah tangga org ni, tapi entah kenapa la.. air mata wanita ni nampak sangat 'mahal', nampak sgt naif dan suci..  k.nad rasa nak tulis jugak.. (dah xde keja kan..)

Isu ni semua org dah baca.. jadi apa yg nak ditulis ni utk adik2 yg baru nak up.. baru nak merasa indahnya dunia percintaan. Yang baru nak berangan anniversary sweet2 penuh baloon n surprise.. yg berangan nak buat wedding of the year di angkasa lepas. Waktu tu psgn kamulah segalanya. paling setia. paling romantis. paling beriman. pendek kata #relamatitanpakamu.

#Yang pertama jangan byk sgt baca novel cinta melayu

#Yang kedua jgn tengok sgt drama tv3 / drama bersiri astrok. (tgk #SyurgayangKedua takpe.. tu realiti.. laki tu buat muka baik, pastu menikah sampai 3 org..)

#Yang ketiga bacalah page #KRT byk2.. (yg dah kawen tu tak payah la ye buat jiwa kacau je nti..) 😅
PERCAYALAH adik2, dunia perkahwinan ni bukanlah seindah yg kamu damba.

Ada satu fasa dalam dunia perkahwinan, waktu tu otak pasangan kamu akan terletak "di celah kangkang.." sebut PASANGAN ni bukan khusus utk suami shj, to be fair sama juga utk isteri. Waktu tu selalunya bila dah masuk zon selesa, selepas 5 thn - 10 thn perkahwinan.. anak dah ada, kerja dah stabil, poket pun penuh.
.
Waktu tu, pasangan kalau isteri selalunya dah terikat dgn komitmen urusan rumahtangga dan anak2.. dah tak manja lapaq cendol krn beban yg ditanggung, dah tak slim sbb melahirkan dan menyusukan zuriat suami, cium bau bawang, mulut pun suka membawang.. suami akan mula buat hal. Untung nasib dpt suami soleh, dia poligami. Malang nasib dpt suami firaun, dia zina.
.
Kita siapa untuk tidak diuji, tambah bila kedudukan isteri lebih tinggi dari suami jika dia bekerjaya. Ruang sosial nya luas, godaannya byk. Maka bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi. Sama, zaman skrg baik suami baik isteri.  Bila otak dicelah kangkang, apa pun tak rasa.
.
Saat diuji tu, suami yg rasa isterinya bukan mcm yg dulu lagi, tidak segedik dulu lagi, layanan juga tak seperti masa bercinta.. (rupa paras usah dicerita, semua dah tau.. ) nak pakai lingerie ke gstring ke, kulit dah pecah selulit sana sini lepas bersalinkan.. terus hilang confidence.. itu alasan paling kukuh bagi mereka utk meletakkan otak di celah kangkang. Mulalah memasang umpan mencuba nasib mana tau ada rezeki 'ikan' yg maukan 'cacing' itu..
.
Saat isteri diuji pula.. bila dia mula dicurangi suami.. waktu ini dia merasakan diri tidak lagi dihargai.. mungkin merasakan suami tidak mampu memberi segala maunya, hidupnya dibanding dibeza dgn novel dan drama.. terjumpa pula umpan cacing itu tadi, walau busuk dan murah.. kerana ditambah perisa bilis dari si iblis.. umpan najis pun sanggup ditelan. Modalnya cuma ayat2 cinta.. membuatkan diri rasa 'masih ada harga'.. dan mula rasa dihargai.. maruah diri hilang sekelip mata. Maklumlah, otak kat mana?
.
Belum lagi kamu jumpa suami dayus yg menyakiti tubuh zahir dan batin si isteri. Namun mulut isteri terkunci, suaranya terbisu walau lebam luka berdarah, tulang patah retak seribu... demi menjaga maruah suami, keluarga dan rumahtangga. DEMI ANAK alasan paling cliche utk si isteri bertahan. Kamu dayus wahai suami.
.
Waktu ini juga, si iblis tadi akan buat semuanya lupa, mana anak yg dulu kita damba, mana suami dan isteri halal yg kita cinta.. dengan mudah dikata "sudah hilang rasa"..
.
Benarlah kata org, perkahwinan ni satu perjudian. Menang judi untung bahagia, kalah judi rugila hidup merana.
.
Apapun yg berlaku dalam rumah tangga dia kita mungkin tak tahu. Cuma yg k.nad respek dia tetap sembunyikan aib suaminya. Walau dia redha, air mata itu cukup gambarkan luka dan duka. Belum lagi lihat ke dalam mata anak2nya yg tak tau apa.. moga Allah melindungi mereka dan hapuskan segala duka..
Jangan pilih org yang tidak memilih kita..

#IntanLiyana "A weak man can't love a STRONG women.. He won't know what to do with her.."

-menulis dari <3 Nadia Hazmi
Penafian: Karangan ini di type waktu tgh tunggu sup ayam mendidih kat dapur. Jadi, yg nak c&p.. boleh, tapi jgn #plagiari


Monday, 26 February 2018

Jangan Mengharap

🍃Jangan mengharap bahawa manusia itu akan memberi segala apa yg kita harapkan..
🍃Jangan mengharap kasih sayang..kebaikan..cinta..belas kasihan..bahkan meletakkan satu harapan yg tinggi..pertolongan..dan apa2 sahaja harapan kita kepada manusia..atau apa2 balasan dari manusia..

🍃Yang penting..manfaat kita kepada orang lain..dan kita sedia memberi dan berkongsi kepada manusia lain..walaupun manusia lain tidak memberi apa yg kita harapkan itu walau sedikitpun pada kita..
🍃Kerana sesuatu yang menyakitkan itu ialah berharap kepada manusia..dan kita akan sakit dan kecewa dengan mengharapkan manusia.
🍃Satu2nya yang tidak pernah akan mengecewakan hati kita ialah..apabila kita selalu berharap kepada Allah..hati kita benar2 berserah kepada Allah atas segala yg berlaku dan kita jalani saat didunia..innshaaAllah..
🍃Tidak lain hanyalah Allah pemilik hati yg benar2 memahami isi hati kita..Aamiin..😊

https://t.me/tarbiahkartun

Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih besar dari segala masalahku

Bagaimanapun terlukanya harini..
Esok perlu di teruskan, jika Allah masih beri kesempatan..
Bagaimanapun kecewanya harini..
Esok perlu bangun, meniti lagi perjalanan yang belum kesudahan..
Bagaimanapun tangisan hari ini..
Esok perlu di mulakan, sekali lagi mencari senyuman dalam kepayahan..

@dearhati


Kau bertanya perihal bagaimana doamu terkabul?


Lihatlah pada kisah Nabi Zakariyah yang akhirnya memiliki seorang buah hati.
Pada Ashabul Kahfi yang terkunci di gua.
Pada Nabi Yunus yang didalam perut ikan.
Pada Nabi Musa dan kaumnya yang dikejar bala tentara fir'aun.
Pada kesembuhan Nabi Ayyub.
Pada Nabi Ibrahim yang diselamatkan ketika dibakar.
Dan pada Rasulullah Shalallahu'alaihiwasalm dengan para sahabatnya pada perang khandaq.
Masih belum percaya bagaimana Allah mengabulkan doa-doamu??

Maka, lihatlah ketaatanmu saat ini. Lihatlah kesungguhanmu dalam beribabadah dan bersungguh-sungguh meminta kepada-Nya. Sudahkah kau jujur melakukannya semata karena-Nya.

Dan tiada yang lebih mengetahui kecuali kau dengan Rabbmu semata.

Bertanyalah wahai diri, merenunglah..

- Ibn Syams -
@dearhati

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

“Pada akhirnya kita hanya perlu keyakinan untuk menjalani kehidupan ini. Yakin kepada Allah Azza wa Jalla. Yakin bahwa tak ada satupun yang sia-sia. Lalukan saja yang terbaik, serahkan hasilnya ke Allah, dan takdir Allah adalah yang terbaik buat diri kita.”

Danis Pratama
@dearhati

Merelakan Masa lalu

👉Merelakan Masalalu👈

Pada setiap kesedihan aku mencoba melupakan

Dulu aku pernah begitu setia meski terabaikan
Pernah begitu memahami meski terlukai
Pernah begitu besar mencintai meski tak dicintai
Pernah begitu besar berkorban meski disakiti
Pernah begitu dalam menyayangi meski dicundangi
Pernah begitu sabar merawat meski ditinggal pergi

Aku merasa telah mencintaimu dengan benar
Menjagamu dengan baik
Menjadi apapun asal kau bahagia , dan memberi segalanya agar kau tetap tinggal

Tapi ternyata kau datang hanya untuk sekedar bertandang
Kau menetap tanpa mau merawat
Kau memeluk hanya untuk sekedar menusuk
Aku sempat mengira kau hadir untuk mendekap, namun hanya lekat untuk menyengat

Terkadang apa yang ku semogakan hanya untuk menjadi apa yang harus terikhlaskan
Kau pergi meninggalkanku , tanpa peduli dengan rasaku yang terlanjur terpaut dalam

Saat aku begitu hancur aku mencoba melanjutkan hidup -- sementara disana kau dengan bahagia dan bebas tetap menikmati hidup

Aku mencoba menata kembali serpihan-sepihan hati yang begitu hancur
Mencoba meletakan hati agar lebih berhati-hati

Aku kembalikan kepada Allah
Aku move On ke Alllah
Aku Hijrah ke Allah
Aku belajar mencintai Allah

Karena aku tahu mencintai tanpa melibatkannya hanya akan berujung kecewa--Berharap pada manusia hanya akan menyebabkan luka

Itu sebabnya, saat aku jatuh pada cinta yang salah
Aku mencoba berubah , dan meniatkan diri hijrah dengan lillah -- Aku percaya Allah menyembuhkan dan Ia menguatkan

Aku tak ingin jatuh pada manusia sebelum aku jatuh padaNya -- Karena jika move on dari manusia kemanusia hasilnya tetap sama
Hanya akan diawal bahagia tapi ujungnya akan terluka

Kenapa?
Karena manusia itu hatinya berubah-ubah 
Sementara Allah yang punya ketetapan untuk membolak balikan dan meneguhkan hati seseorang

Maka move on ke Allah
Ia yang tak pernah mengecewakan harap
Ikhlaslah menerima setiap takdir dariNya

kini, aku telah siap dan kuat
Mencintai cinta yang menciptakan cinta
Adalah Ia Yang tidak pernah menolak cintaku
tak pernah menyakitiku
tak pernah melupakanku
Ia hanya selalu membalas dengan begitu banyak Nikmat

Dan dengan mencinta Allah saja sudah cukup memenuhi seluruh hati, tak ada lagi keraguan, kesedihan , kepedihan dan kegundahan
.
.
Jatuh sejatuh-jatuhnya
Ya Allah, aku kembali lagi -- Terimaksih Untuk Teguran yang begitu keras 💕

.
SaatNya hijrah
C&P
@dearhati

Monday, 5 February 2018

Cinta Sahaja tidak cukup

Pesanan buat yang belum kahwin.. 

kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
.
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
.


Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
.
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
.
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
.
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..
Moga Allah mudahkan perjalanan kami seterusnyaaaaaa

C&P